Tuesday, 30 September 2014

Fakta Menarik


20 Fakta Menarik Yang Korang Tak Tau


  1. Ahli falsafah Greek, annximander adalah orang yang pertama sekali menafikan bumi ini rata. Lelaki itu mengemukakan pendapatnya bahawa bumi ini bulat, pada 560 Sebelum Masihi (SM). Ideanya itu mulanya ditentang oleh golongan cendikiawan dan agama, tapi akhirnya sedikit demi sedikit mendapat sokongan masyarakat.
  2. Pada 350 SM, konsep bumi ini bulat semakin diterima umum, cuma mereka tidak mempunyai bukti yang kukuh. Bukti yang dicari-cari itu hanya menjelma 18 kurun selepas itu apabila Ferdinand de Magellan melengkapkan misi pelayarannya mengelilingi bumi. Pada ketika itu, tiada siapa lagi meragui bahawa bumi ini bulat, ia tidak ada penghujungnya.
  3. Air terjun tertinggi di dunia berada di Venezuela (Amerika Selatan) dengan ketinggian 988.31 meter. Ia 18 kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara di Kanada (Amerika Utara)
  4. Landak ialah haiwan yang mempunyai banyak duri di seluruh tubuhnya. Duri ini digunakan sebagai alat pertahanan diri ketika diserang musuh. Untuk pengetahuan anda, seekor landak dewasa mempunyai lebih 30,000 duri di seluruh tubuhnya.
  5. Lembu adalah haiwan yang buta warna. Oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya sama ada kain merah atau kuning.
  6. Seekor rama-rama merasa makanannya dengan menggunakan kaki dahulu sebelum mengunakan lidahnya. Ini kerana deria rasa rama-rama terlekat pada kakinya.
  7. Nama Kanggaru terhasil bila beberapa pengembara kulit putih ternampak seekor binatang yang terlompat-lompat di hadapan mereka. Bila ditanya pada Orang Asli di sana, apa nama binatang itu, Orang Asli tersebut menjawab 'Kanguru' (bermaksud 'tak tahu'). Kanggaru tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ini kerana ekornya berfungsi sebagai spring semasa melompat.
  8. Nama tempat paling singkat di dunia terdapat di Perancis dan Jepun. Tempat tersebut hanya menggunakan satu huruf sahaja iaitu 'Y' dan 'O'.
  9. Drama pertama yang pernah dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200 sebelum Masihi. Ini bermakna lebih 5,000 tahun yang lalu. Skrip drama tersebut telah dijumpai oleh seorang arkeologi di Luxor, Mesir pada tahun 1895 yang ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan sehingga kini.
  10. Lohong semula jadi yang terletak di Kaveri, daerah Deewa, Madhya Pradesh, India merupakan lohong yang paling dalam di dunia. Kedalamannya melebihi 300 meter dan lebarnya ialah 100 meter. Lubang semula jadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi yang luar biasa.
  11. King Richard II dari England (1367 - 1400) adalah orang pertama yang menggunakan sapu tangan di dunia. Beliau membawa sekeping kain kecil yang digunting untuk menyapu dan membersihkan lubang hidungnya.
  12. Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah huruf 'E' manakala 'Q' adalah huruf yang paling kurang digunakan. Kalau tak percaya , beli surat akhbar berbahasa Inggeris dan semaklah sendiri.
  13. Seorang kanak-kanak boleh menghabiskan banyak masa untuk mempelajari sesuatu yang baru melalui TV. Tetapi purata seorang kanak-kanak menghabiskan masanya menonton TV adalah kira-kira 28 jam seminggu, iaitu sama banyak dengan masa mereka di sekolah.
  14. Jika anda mengira tanpa henti selama 24 jam sehari, ini bermakna anda perlu mengambil masa selama 31,688 tahun untuk sampai ke angka satu trilion!
  15. Pada tahun 1876, Alexander Graham Bell menjadi manusia yang paling berjaya di dunia apabila mencipta telefon pada masa itu. Bagaimanapun, dia tidak pernah menggunakan telefon untuk berhubung untuk berhubung dengan isteri dan ibunya sebab mereka berdua pekak.
  16. 16.'Rhythm' dan 'syzygy' adalah perkataan yang paling panjang dalam bahasa Inggeris tanpa huruf vokal.
  17. Pada sepanjang masa, terdapat 18,000 kilat yang masih dalam proses pembentukan di atas atmosfera bumi ini. Apabila menghentam bumi, kilat membawa bersamanya kuasa elektrik setinggi 100 juta volt! Satu lagi fakta berkaitan bumi; Satu batu (1.6 kilometer) padu kabus, yang kita lihat begitu besar dan hebat di langit, sebenarnya dihasilkan oleh kurang daripada segelen air.
  18. Pelangi terbentuk apabila matahari berada 40 darjah atau kurang, di atas garis horizon.
  19. Tahukah anda seekor kucing hanya boleh melihat dua warna sahaja iaitu hitam dan putih.
  20. Tahukah anda, nama terpanjang didunia pula di sebuah bukit di New Zealand iaitu 'Taumataw hakatangi ihangakoau auotama teaturipukak pikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu'.

Friday, 26 September 2014

Panduan memelihara sugar glider

 Keperluan Sugar Glider

Sangkar


Sangkar sugar gliders adalah salah satu komponen penting dalam memastikan mereka dapat rasa selesa dalam persekitaran baru mereka. Sugars anda akan meluangkan majoriti masa mereka pada waktu malam di dalam sangkar mereka dan dengan memastikan bahawa sugars anda selesa, selamat dan bebas bersenam dengan sesuka hati mereka. Faktor-faktor berikut adalah untuk pertimbangan untuk mencari sangkar yang sesuai dengan haiwan eksotik ini.


Selesa dan bebas bergerak, sangkar 3 kaki ini sesuai untuk Sugars anda



  • Saiz Sangkar

Untuk sugars, pelbagai saiz cage dibekalkan, dari 1.5 kaki sehingga 3 kaki. Namun, sangkar yang paling minimum terbaik dan untuk keselesaan optimum adalah yang bersaiz 3 kaki. Ingat, tidak ada sangkar yang mampu meniru habitat sugars seperti di hutan liar tetapi pemilik sugars sekurang-kurangnya boleh membenarkan mereka ‘glide’ atau menggelongsor dalam sangkar mereka dengan senang. 



Jadi, untuk peringatan dalam membeli sangkar untuk sugars:

  • Lebih besar adalah jelas lebih baik.
  • Tinggi adalah lebih baik daripada yang lebih luas.
  • Sugars suka melompat dan meluncur. Mereka mungkin kecil, tetapi mereka memerlukan banyak senaman dan ruang untuk bermain.
Jadi, pastikan anda tidak menggunakan sangkar hamster atau gerbil untuk tempat tinggal sugars anda. Sangkar seperti ini tidak sesuai untuk binatang eksotik yang habitat asalnya merupakan pokok-pokok di hutan. Bayangkan betapa bezanya habitat mereka dengan apa yang kita bekalkan sugars kita.

Sugars bukan haiwan yang suka terowong yang sempit begini
Langsung tidak praktikal untuk mereka


Juga, pastikan anda mendapatkan sangkar yang banyak ruang untuk menggantung kantung tidur atau ‘sleeping pouch’, meletakkan ‘glider kitchen’ atau dapur sugars yang membekalkan air dan makanan (yang akan saya terangkan secara lanjut di dalam entri blog akan datang), roda yang sesuai untuk sugars seperti Wodent Wheel, beberapa mainan yang selamat untuk sugars, namun masih lagi membenarkan ruang yang cukup untuk mereka melompat atau ‘glide’ di dalam sangkar mereka tanpa halangan.

  • Keadaan dalam sangkar

Apa yang perlu dalam sangkar mereka? Yang penting adalah banyak tak semestinya bagus. Apa selalunya yang diletakkan di dalam sangkar mereka. 
Yang paling asas merupakan; 

  • Sleeping pouch atau apa jenis tempat tidur sugars yang digunakan pada waktu siang. Pastikan ianya selesa, senang dibasuh dan mudah untuk diakses oleh anda. Kebiasaannya, pemilik sugars akan menggunakan sleeping pouch yang diperbuat daripada kain fleece atau felt. Pastikan anda selalu mempunyai sleeping pouch yang berlebihan, sekiranya yang sedang digunakan terlalu kotor atau busuk.. jadi anda mempunyai ‘backup’ pouch untuk sugars anda. Selain dari sleeping pouches, ada juga pilihan dari tempurung kelapa, kediaman plastik yang kebiasaannya untuk hamster dan gerbil, tetapi saya menasihatkan anda supaya memilih sleeping pouches kerana ia lebih lembut, selesa dan mudah untuk anda.
  • Roda yang bersaiz besar, bukan yang selalu digunakan hamster. Guinea pigs mungkin, tetapi ada satu jenama roda yang dipanggil Wodent Wheel. Roda tersebut khas untuk sugars dan selamat untuk digunakan mereka. Ini kerana, roda biasa yang mempunyai palang, lagi-lagi jika ianya palang besi  boleh mencederakan sugars anda. Bayangkan jika ekor panjang mereka tersangkut, sugars anda boleh tercedera teruk jika roda begitu digunakan. Roda yang terlalu kecil juga tidak sesuai, kerana mereka akan membesar dan kebiasaannya roda kecil akan menyebabkan sugars untuk tergelincir keluar dari roda ketika bersenam.
  • Bekas minuman juga penting untuk sumber air mereka. Gunakan water bottle atau water feeder yang selalu digunakan untuk haiwan kecil seperti hamster. Anda tidak digalakkan untuk menggunakan bekas minuman yang terdedah seperti mangkuk bulat plastik atau jenis seramik. Sugars merupakan haiwan yang membuang air tidak kira dimana-mana. Mereka tidak boleh dilatih untuk membuang air di tempat spesifik seperti sesetengah haiwan lain. Jadi gunakan water bottle berbanding mangkuk air yang terdedah agar bebas dari pencemaran najis mereka sendiri. Selain itu, untuk langkah keselamatan bekalkan dua botol air untuk mengelakkan dehidrasi yang tidak sengaja.
  • Bekas makanan yang berbeza dari segi jenis makanan yang dihidangkan. Ada pemilik sugars yang gemar meletakkan makanan kering di dalam bekas makanan untuk akses pada waktu siang jika mereka inginkan snek dan bagi makanan basah untuk bekas yang berlainan. Ini agar makanan sugars kekal segar dan tidak mudah busuk.


  • Beberapa jenis mainan untuk sugars. Untuk mencari mainan untuk sugars seperti mencari mainan untuk bayi. Mainan yang berwarna-warni dan membuat bunyi seperti loceng adalah kegemaran mereka. Ranting atau tali juga merupakan alat senaman sugars yang amat digemari mereka. Cuba meletakkan tali yang diikat dengan mudah di dalam sangkar mereka, anda akan terkejut melihat tali yang diikat dirungkai terbuka. Sugar makhluk yang bijak, dan pastikan mainan yang disediakan untuk stimulasi minda mereka selamat dan bebas dari segala faktor bahaya yang mungkin.
  • Besi/Palang/Wire Mesh Sangkar/Dawai


Jarak dawai perlu 1/2 inci diantara palang tegak dan palang yang mendatar. Palang yang mendatar sahaja atau tegak sahaja sebenarnya tidak penting. Bahagian yang penting ialah memastikan wayar tidak lebih daripada 1/2 inci jika palang tidak bersilang. Sugars yang kecil atau Joeys boleh keluar melarikan diri melalui celah palang jika jaraknya lebih dari 1/2 inci walaupun hanya luas sedikit daripada itu. Jadi anda perlu prihatin akan keadaan palang sangkar yang akan dibeli.

  • Sangkar yang diperbuat dari jenis apa

Terdapat beberapa bahan-bahan yang boleh digunakan untuk sangkar sugars dan terdapat juga beberapa bahan yang tidak sesuai.
Jika anda akan membeli sangkar atau membuat sangkar menggunakan kayu, pastikan kayu untuk tujuan hiasan sahaja dan di luar sangkar. Jika sugars mempunyai akses kepada kayu, bukan sahaja mereka akan menggigit, tetapi mereka juga akan kencing di atasnya, menjadikannya berbau busuk.


  • JANGAN membeli atau membuat sangkar menggunakan keluli bergalvani. Air kencing sugars akan menyebabkan tindak balas kimia dengan keluli bergalvani, yang boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing atau UTI (Urinary Tract Infection).
  • JANGAN menggunakan sangkar yang diperbuat daripada aluminium.
  • JANGAN membuat sangkar daripada kain perkakasan.
Jika anda mahu membuat sangkar DIY, dawai PVC merupakan bahan yang sangat popular untuk digunakan. Anda mungkin boleh mencarinya di kedai perkakasan tempatan, kedai makanan haiwan, atau syarikat membuat pagar.








Baiklah, setakat ini sahaja untuk apa yang anda perlu tahu tentang sangkar sugars. Untuk entri berikutnya, saya akan mengemas kini tentang keperluan asas sugars: Pemakanan.



xoxo, 

Maddy

Published in:
on July 28, 2011 at 5:22 pm  Leave a Comment  

Pengenalan terhadap Sugar Gliders


Asal Sugar gliders
Haiwan bersaiz kecil ini merupakan binatang marsupial dan nokturnal yang berasal di seluruh bahagian utara dan timur tanah besarAustralia, serta pulau-pulau sekitar Tasmania, Papua New Guinea, dan Indonesia.
Anatomi
Sugar glider mempunyai badan seperti tupai dengan ekor yang panjang. Sugars jantan adalah lebih besar daripada perempuan, dan panjang mereka dari hidung ke hujung ekor kira-kira 24 hingga 30 cm (12-13 inci, dan badannya sendiri adalah lebih kurang 5-6 inci). Sugar gliders mempunyai bulu tebal dan lembut yang biasanya kelabu kehitaman; ada juga spesis lain yang berwarna kuning, tan, atau albino. Sugars juga mempunyai jalur hitam dari hidung sehingga ke belakang mereka. Perut, tekak dan dada sugars berwarna krim.


Baby, my sweet glider

  • Ia mempunyai lima jari dengan setiap kaki dan tangannya. Masing-masingnya mempunyai kuku, kecuali untuk jari kakinya yang kelihatan seperti ibu jari manusia. Kakinya atau dipanggil ‘hindfeet’, digit kedua dan ketiga adalah sebahagian syndactylous (kuku dan jari yang kelihatan bersambung) bersama-sama untuk dijadikan sebagai ‘sikat’ atau kuku untuk mereka membersihkan bulu atau ‘grooming’.
  • Tetapi, ciri-ciri yang paling menarik ialah patagium, atau membran, yang kelihatan seperti sayap seperti yang dimiliki oleh ‘flying squirrel’. Apabila tangan dan kaki sugars ini dikembangkan, sayap atau membran ini membenarkan ia untuk meluncur atau ‘glide’ dari jarak 50 hingga ke 150 meter.


I believe I can glideeeee~!

  • Ciri lain adalah kelenjar bau, yang terletak di atas dahi, dada, dan bahagian perut mereka. Ini bertujuan untuk menandakan kawasan mereka, terutamanya untuk sugars jantan. Sugars jantan yang sudah matang juga mempunyai kawasan yang botak di dahi mereka yang kelihatan seperti bentuk berlian.


Sugar scent gland di dahi berbentuk berlian atau diamond

  • Sugars jantan juga mempunyai zakar yang bifurcated, (yang kelihatan seperti berbelah) ini kerana sugars jantan mempunyai dua zakar manakala sugar betina mempunyai marsupium (kantung) di tengah-tengah abdomen untuk membawa anak-anaknya dan dua uterus dan vagina. Ini menyebabkan kebiasan untuk sugars yang membiak untuk pertama kalinya mendapat sepasang joeys (panggilan bagi sugars yang masih lagi bayi).


Pouch sugars betina


Penis terbelah sugars jantan
Sifat dan tabiat

  • Sebagai haiwan nokturnal, mereka aktif  pada waktu malam, bermakna mereka tidur di dalam ‘sleeping pouch’ atau jika mereka cukup jinak dengan tuan mereka- mereka tidur dalam poket atau jika yang sudah terbiasa, sugar glider akan tidur di dalam baju tuan mereka. Dan jangan terkejut jika ada juga sugar glider yang dilatih dan dimanjakan untuk tidur di dalam bra bagi pemilik sugars yang wanita. Cuma jangan dijadikan tabiat, kerana mungkin menjadikan anda tidak selesa jika membawa binatang kenit ini berjalan-jalan di khalayak ramai di tempat awam. Hehe you know what I mean.
  • Jadi, oleh sebab kebanyakan masa siang digunakan untuk tidur, pemilik sugars perlu memberikan perhatian yang secukupnya pada waktu malam. Sugars mula aktif pada waktu malam atau bila sahaja keadaan persekitaran mejadi gelap dan masa mereka mula menjadi aktif adalah bergantung pada sugars secara individual. Ada yang mula aktif selepas pukul 8 dan ada sahaja yang hanya celik selepas tengah malam. Pemilik sugars harus bersedia untuk mengorbankan waktu tidur mereka, sekurang-kurangnya 1-2 jam setiap malam untuk melayan mereka.
  • Sugars boleh hidup sehingga 15 tahun dalam penjaagan manusia atau dalam kurungan manusia, jadi ia amat penting bagi pemilik sugars untuk memberi komitmen sepanjang tempoh ini kepada sugars mereka.
  •  Sugars mempunyai keperluan diet yang istimewa kerana mereka adalah haiwan yang eksotik dan pemilik sugars perlu sanggup mengambil masa setiap malam dalam purata masa 10-20 minit untuk menyediakan makan malam mereka.


  • Sebagai haiwan sosial yang tinggal secara berkoloni, mereka memerlukan perhatian yang secukupnya dan sangat suka bersosial dalam kumpulan mereka sendiri. Sebab itu sugars dinasihatkan untuk didapatkan dalam pasangan, agar mereka tidah stres dan berasa sunyi.
  • Tetapi, ia juga dinasihatkan agar pemilik sugars yang ‘newbie’ atau baru dalam penjagaan sugars untuk tidak membenarkan pasangan sugars mereka membiak. Untuk pembiakan sugars adalah kompleks, banyak persediaan diperlukan untuk mengenalpasti dan menjaga suggies yang bunting. Dan persediaan yang lebih tinggi diperlukan sekiranya joey yang lahir di’reject’ oleh ibunya.
  • Jadi sugars jantan dinasihatkan untuk dikasi atau ‘neutered’ agar sebarang joey yang tidak di dijangka boleh dielakkan dari terjadinya pelbagai masalah dan komplikasi. Jika anda hanya mampu secara kewangan dan kudrat untuk membela hanya seekor sugar, anda perlu memastikan yang anda boleh dan sanggup memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada mereka.


Joeys yang comel

  • Walaupun mereka hanya aktif pada waktu malam, ini tidak bermakna yang mereka tidak boleh dibawa bermain pada waktu siang. Salah satu sifat haiwan marsupial ini adalah suka meluangkan hari siang mereka, ‘cuddling’ atau bermanja di dalam pouch yang digantung di leher pemilik mereka yang kelihatan seperti rantai yang mempunyai poket. Mereka amat mudah untuk dibawa mereka ke mana-mana.

  • Sugars selalunya tidak kisah untuk bangun pada waktu siang untuk mendapat perhatian dan kasih sayang dari pemilik mereka.Seperti yang dinyatakan, sugars merupakan haiwan yang sukakan perhatian dan tanpa perhatian yang cukup, mereka akan menjadi murung dan ini juga boleh menjurus kepada ‘self mutilation’ (sifat yang mencederakan sendiri yang dilakukan kerana stres, amat bahaya ketika sugars ada ‘suicidal thoughts’, ambil tindakan dengan cepat dengan membeli collar yang kecil utuk mengelakkan dia mencederakan dirinya sendiri dan luangkan masa yang cukup dengan mereka).

 Dengan perhatian dan kesabaran yang secukupnya, sugars boleh menjadi haiwan kesayangan anda dan keluarga. Tapi jangan lupa untuk membuat penyelidikan yang banyak sebelum membela sugars anda. Mereka ibarat bayi, adakah anda mahu mendapat mereka tetapi tidak langsung bersedia untuk menjaga mereka?

Jom buat kek

RESEPI KEK CHEESE MELELEH

Memandangkan Nobody adalah peminat kek cheese so nobody try la buat sendiri so klau nk try makan jom la pakat -pkat buat



caranya ialah........sediakan


Bahan2 :
200gram cream cheese tak kisah guna TATURA CHEESE/PHILADHEPIA CHEESE
300ml susu segar@susu cair
100gram mentega @ marjerin
100gram tepung gandum
100gram gual halus
4 biji telur saiz A
1st esen vanila
1st jus lemon (x bubuh pun xper)
 
cara2nya :

1. masukkan susu segar dalam periuk. masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand wisk. masukkan pula marjerin, kacau lagi sehingga cair, padamkan api dan ketepikan.
2.asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. - meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia x jatuh apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. didalam bekas lain yang lebih besar, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika... ayakkan tepung sedikit semi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul - kacau menggunakan hand wisk dengan perlahan
4. akhir sekali campurkan meringue ke dalam adunan tadi dan esen vanila/jus lemon, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand wisk tapi gaul dgn perlahan2)
5. masukkan adunan kek di dalam acuan. pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek.
6. bakar pada suhu 150'c guna api ATAS BAWAH selama 1 jam @ sehingga btul2 masak dan meggunakan kaedah bain marie (loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
7. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja
8. biarkan kek didalam loyang nmpk lekang barulah senang dikeluarkan dan dptlah tepi2 kek yg licin gitu... .
9. simpan didlm peti sejuk dulu lg enak dimakan time keknya sejuk.

Resepi cream cheese cair meleleh

250gram cream cheese
120gram susu pekat manis
50ml UHT Whipping Cream (Anchor)
*mix semua bahan diatas hingga sebati, adunan ini mmg cair

untuk hiasan :
1 buku (250gram) cheddar cheese, diparut

cara penyediaan :
1. kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping, tuangkan cream cheese diatas kepingan pertama, lapiskan dengan kek, tuang semua baki cream cheese tadi.
2.paruttkan cheddar cheese diatas kek.

kami buat kek cheese meleleh perisa pandan...hihi



p/s: jomlah cuba, lepas ni tak payah beli mahal-mahal lagi ^__^

Beberapa Jenis Makanan Yang Dapat Meningkatkan Daya Ingat Pada Otak




Beberapa Jenis Makanan Yang Dapat Meningkatkan Daya Ingat Pada Otak


                                     
 Untuk meningkatkan daya ingat, ada beberapa hal yang boleh dilakukan, diantaranya adalah dengan memperbanyak memakan makanan yang dapat berfungsi untuk meningkatkan daya ingat otak mulai dari buah-buahan seperti aprikot, sampai pada produk kesehatan seperti yogurt dan susu  
Dibawah ini adalah beberapa contoh makanan dan minuman yang dapat meningkatkan daya ingat otak.

1. Ikan 
 Ikan merupakan sumber omega-3, yang tidak hanya baik untuk jantung, tetapi juga membantu meningkatkan memori dan mengatasi depresi. Omega-3 juga dapat meningkatkan fungsi sel otak.Omega-3 dalam makanan berikut: herring, salmon, tuna, mackerel, halibut, teri, dan sardin.

2. Teh hijau

Polifenol dalam teh hijau merupakan antioksidan kuat yang dapat mencegah kerosakan sel-sel otak. Teh hijau juga diketahui memiliki berbagai manfaat kesihatan, seperti meningkatkan memori dan memperlambatkan penuaan sel otak.

3. Berries  
Berries kaya akan quercetin, yang dipercaya dapat membantu fungsi sel-sel otak. Berries juga mengandungi banyak antosianin, sebuah fitokimia yang bertugas untuk mencegah penurunan memori, terutama yang berhubungan dengan Alzheimer. Beberapa buah yang baik untuk otak adalah raspberry, apel dan blueberry.

4. Sayuran berdaun hijau
Sayuran berdaun hijau dipercaya dapat meningkatkan daya ingat dalam jangka panjang. Bayam, selada, brokoli, kembang kol dan kubis adalah beberapa jenis sayuran hijau yang mengandung banyak vitamin dan mineral yang dapat membantu menjaga kesihatan keseluruhan sistem tubuh badan.

5. Produk susu
Produk olahan susu kaya akan kalsium. Beberapa sumber yang kaya akan kalsium adalah susu, keju, mentega dan yogurt. Produk-produk ini dikenal  dalam memelihara sel-sel otak. Secara khusus, yogurt mengandung asam amino tirosina , yang bertanggungjawab untuk meningkatkan meningkatkan daya ingatan.

6. Air
Seperti kita ketahui, hampir tiga perempat dari otak kita adalah air. Jadi, perbanyakan minum air untuk menghindari dehidrasi. Dehidrasi boleh menyebabkan otak kita melepaskan hormon yang disebut kortisol yang membuat kawasan di otak kita menyusut.Kawasan tersebut bertugas untuk menyimpan informasi. Bayangkan jika kawasan itu menyusut?

7. Madu  
Madu dikenal karena khasiatnya yang dapat menyembuhkan segala penyakit. Ternyata, madu juga dapat meningkatkan memoir otak. Satu senduk makan madu setiap pagi tidak hanya membantu anda mengurangi berat badan, tetapi juga membantu dalam meningkatkan daya ingatan.

8. Gandum 
Banyak manfaat atau khasiat yang boleh kita ambil dari gandum, selain berisiko lebih rendah dari penurunan kognitif yang boleh menyebabkan Alzheimer, gandum juga berkhasiat untuk meningkatkan daya ingat otak kita. Makan gandum beserta olahannya seperti sereal, wheatbrand, dan pasta gandum memberikan vitamin B12 dan B6 yang boleh meningkatkan dan mempertahankan  daya ingat otak kita.



9.  Brokoli merupakan sumber vitamin K, yang dikenal baik untuk meningkatkan fungsi kognitif serta kemampuan otak dalam berfikir.

10.  Untuk meningkatkan daya ingat, tomato adalah buah yang cukup bermanfaat. Hal ini kerana tomato kaya akan Lycopene dan antioksidan yang boleh membantu melindungi terhadap jenis kerosakan yang diakibatkan oleh radikal bebas yang diakibatkan kerana faktor usia.

                            
11. Kekacang menurut the American Journal of Epidemiology, kacang atau pun  kacang salai mengandungi lemak yang baik untuk tubuh. Selain itu, kacang juga menjadi sumber vitamin E tinggi yang boleh menjaga tubuh badan tidak hanya dari serangan jantung tapi juga memperbaiki untuk sistem kerja dan meningkatkan daya ingatan otak.

12. Blakcurrant Vitamin C pada Blackcurrant sudah dikenal memiliki kekuatan untuk meningkatkan ketangkasan mental dalam berfikir. Mampu menjaga otak dari racun dari lingkungan ataupun makanan, sehingga boleh mencegah terjadinya penurunan daya ingat.

13. Kuaci Biji Labu meningkatkan daya ingat kerana makanan ini  mengandung zinc. Zinc baik untuk meningkatkan daya ingat dan memeilahara ketajaman otak dan pikiran. Zinc boleh ditemukan di kuaci biji labu.


14. Rosemary
Rosemary tidak hanya digunakan sebagai bumbu dalam salad dan topping. Rosemary juga berguna untuk meningkatkan kemampuan memori. Tanaman ini kaya akan antioksidan, yang mendorong perkembangan otak. Menariknya, bau dari bunga ini ternyata juga memiliki efek positif pada otak kita.

15. Coklat  
 Penelitian telah menunjukkan bahwa makan coklat meningkatkan produksi endorfin, zat yang menyebabkan mood yang lebih baik dan merangsang memori. Juga coklat mengandung jumlah moderat kafein, yang berhubungan dengan merangsang dan meningkatkan suasana hati kita. Namun berhati-hatilah, kerana coklat memiliki kalori cukup dan jika tidak dikonsum dalam jumlah sedang dapat menyebabkan penambahan berat badan. Sepotong kecil coklat yang kaya koko merupakan solusi ideal dan sihat.

Inilah seputar makanan atau minuman yang baik untuk otak. Hindari makanan cepat saji atau yang memiliki lemak jenuh.

Tuesday, 23 September 2014

Hukum Memelihara Haiwan Peliharaan

Hukum Memelihara Haiwan Peliharaan


Memerhatikan trend terkini, masyarakat kita sedang mengembangkan perhatian kepada haiwan peliharaan. Jika sebelumnya, orang islam hanya memelihara kucing dan ikan, pada masa ini kita melihat anak-anak muda yang suka memelihara haiwan-haiwan eksotik seperti sugar glider, hamster, iguana dan ginea pig. Bahkan ada juga yang cuba-cuba memelihara haiwan berbahaya seperti ular dan labah-labah.
Sebagai muslim, kita mesti merujuk kepada islam dalam setiap perilaku kita. Maka dalam soal pemeliharaan haiwan juga tidak terkecuali. Cinta kepada haiwan mesti terikat dengan hukum islam. Ia tidak boleh dikaitkan dengan perasaan hati yang sangat subjektif. Sikap sebegini boleh boleh membuka ruang untuk menentang hukum-hukum Allah sama ada secara sengaja atau tidak.

Hukum Pelihara Haiwan

Saya sangat suka kepada haiwan. Bolehkah ustaz sebutkan prinsip-prinsip umum dalam memelihara haiwan yang boleh dijadikan peliharaan dan ayng tidak boleh?
Jawapan: Asal hukum memelihara haiwan terdapat dalam hadis Rasulullah s.a.w tentang kucing. Sabda Baginda yang bermaksud:
“Sesungguhnya ia bukan najis. Ia hanyalah termasuk daripada haiwan-haiwan yang suka berkeliaran bersamamu” (Riwayat Abu Dawud)
Daripada hadis ini kita boleh merumuskan bahawa sifat utama haiwan belaan mestilah suci dan tidak membahayakan. Selain itu juga mestilah bermanfaat secara syarak. Rasulullah sendiri sangat mencitai kuda sebab ia hawian yang boleh digunakan untuk berjihad. Begitu juga unta dan keldai, sebab kedua-duanya boleh menjadi kenderaan.
Adapun haiwan yang najis dan berbahaya, begitu juga haiwan-haiwan yang diperintahkan untuk dibunuh, maka ia tidak boleh dibela walau secomel manapun rupanya. Sebab membela haiwan-haiwan ini dikira melanggar perintah islam.

Hukum Haiwan Dalam Islam

Haiwan yang Suci, semua haiwan yang dihukumkan suci semasa hidupnya kecuali haiwan-haiwan tertentu yang telah ditetapkan najis.
Haiwan Yang najis seperti Babi, Anjing atau haiwan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satu daripadanya.
Haiwan yang diperintahkan untuk dibunuh seperti ular, gagak, tikus, anjing gila, burung hering dan cicak.

Perasaan Haiwan

 

Dalam islam, adakah haiwan memeliki perasaan?
Jawapan : Ya. Islam mengiktiraf perasaan yang dimiliki haiwan. Jiwa mereka memang lebih rendah daripada manusia, namun mereka mempunyai perasaan. Mereka merasakan sakit, lapar, takut, suka dan lain-lain.
Oleh sebab itu, islam mewajibkan berlaku ihsan kepada haiwan dan tidak memperlakukannya dengan kejam.
“Ya’la bin Murrah menceritakan kisah seekor unta yang datang kepada Nabi dengan berlinangan air mata. Rasulullah bertanya: “Dimana pemilik unta ini? ia mengadu kepadaku banyaknya kerja dan sedikitnya makanan yang diberikan kepadanya. Berbuat baiklah kepadanya”. (Riwayat Ahmad)
Perhatikan pula arahan para ulama berkenaan dengan berbuat ihsan kepada haiwan :
  • Jangan menyembelih haiwan di hadapan haiwan yang lain
  • Jangan mengasah pisau di hadapan haiwan yang akan disembelih
  • Jika seekor kucing atau anjing sedang memakan sesuatu, maka tidak boleh merebut makanan itu daripadanya melainkan makanan itu milik seseorang
Semua ini dapat kita temukan dalam kitab-kitab fuqaha.

Belanja Untuk Haiwan Peliharaan

 

Saya berhasrat untuk membela seekor kucing parsi. Namun menurut teman saya, kos penjagaan bulanannya sekitar RM200. Itu pun tidak cukup sebenarnya. Sekali fikir macam tidak patut pula. Apa nasihat ustaz?
Jawapan: Berbuat ihsan kepada haiwan peliharaan satu tindakan terpuji. Hukum ini berubah menjadi wajib apabila haiwan tersebut dikurung sehingga tidak dapat mencari maknan sendiri. Pada saat itu, pemiliknya mesti menyediakan semua keperluannya seperti makanan, minuman dan lain-lain.
Berkata Ibn al-Haitami dalam Fatawa: “Disunatkan untuk bermurah hati kepadanya (kucing) Dan wajib atas pemiliknya memberi makan kepadanya jika ia tidak dapat mencari sendiri makanannya.”
Namun begitu, hendaklah perbelanjaan untuk haiwan ini dalam had yang berpada. Jangan terlalu berlebih dengan mencari makanan yang mahal, membuatkan sangkar yang mewah dan sebagainya. Perbuatan berlebihan seperti ini dikhuatiri termasuk dalam pembaziran yang terlarang. Apalagi jika dalam masa yang sama ada anggota keluarga atau jiran tetangga yang lebih memerlukan bantuan kita.
Berbuat ihsan dan bersedekah kepada haiwan memang terpuji. Namun berbuat ihsan dan bersedekah kepada manusia yang lebih memerlukan adalah lebih terpuji.
Wallahu a’lam

Sunday, 21 September 2014